Tuesday, December 16, 2008


Aku hadir atas nama cinta,
aku akan pergi; juga kerana cinta,
gembiraku, sedihku, riangku, piluku,
bertemankan air mata racun,
yang sering membasahi wajahku.

Tersenyum diriku dibuai angan indah,
meski fikiran dibelengu halusinasi,
namun memikirkan kamu itu indah,
seperti bulan lelap tidur dihatiku.

Pergi meninggalkan dirimu?
jauh dihatiku memikirkan itu,
berat hatiku, berat langkahku, berat bahuku,
ingin diri ini selalu
mengenangmu, mencintaimu, merinduimu.

Ku berjanji kepada bulan,
aku pasti akan kembali,
dalam satu purnama,
untuk mempertanyakan kembali cintanya.

Bukan untuknya,
bukan untuk siapa,
tapi untukku,
kerana aku ingin kamu,
itu saja.


0 comments: